Skip to main content

TIPS APPLY LOAN DEKAT BANK



ASSALAMUALAIKUM,

Topik ni lari sikit dari title blog saya ye...Saya nak share sikit tips nak buat pinjaman bank. Bukan nak galakan anda buat hutang ya..😊

1. PALING PENTING - CCRIS

CCRIS mesti cantik.Nak tau apa tu CCRIS? CCRIS bersamaan dengan Central Credit Reference Information System atau  Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. CCRIS ni dalam bahasa mudahnya adalah  sistem di mana semua maklumat hutang-hutang kita dekat bank atau mana-mana institut kewangan yang berdaftar di Malaysia di rekodkan. Laporan CCRIS ni akan menunjukkan macam mana corak kita bayar hutang tiap-tiap bulan.

Kalau cantik, maklumat bayaran akan menunjukkan rekod 0 je tiap2 bulan, maksudnya tak de tunggakanlah.Kalau ada keluar nombor 1 @ 2 @ 3 dan seterusnya, tu menunjukan bilangan tunggakan bulanan yang tak di bayar-bayar.

Kalau ada pinjaman yang tertunggak dan kena tindakan makhamah, dekat laporan tu pun akan tunjukan status tindakan makhamah tu tau.Kalau dah sampai tahap tu, alamatnya, susahlah nak buat pinjaman ye...

2. JUMLAH PENDAPATAN BERSIH

Ni ke dua penting tau. Bank akan kira berapa baki gaji bersih selepas di tolak dengan segala bayaran bulanan hutang-hutang dan juga anggaran perbelanjaan harian. Lepas tu baru bank dapat tengok mampu ke tak mampu kita nak bayar hutang pinjaman dengan diaorang nanti.

3. MAKLUMAT DAN DOKUMEN YANG LENGKAP

Pastikan anda sediakan maklumat serta dokumen yang lengkap yang diperlukan oleh pihak bank.Kalau bank nak dokumen tu di sahkan, silalah mintak pengesahan. Ni mempercepatkan proses permohonan untuk di luluskan.

Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya semasa saya membuat permohonan pinjaman bank sepanjang pengalaman saya bekerja dalam bidang kewangan. Di harap dapat membantu siapa-siapa yang nak buat pinjaman bank ya.




Comments

Popular posts from this blog

CUCKOO BUAT HAL LAGI

CUCKOO BUAT HAL LAGI                                                                                 Dah ada penapis air dekat rumah?  Ni dia yang jadi trend sekarang.                                💰MAMPU MILIK 😍ISTERI TERSENYUM LEBAR 🎊HIDUP LEBIH SIHAT 👍🏼TAK PERLU MASAK AIR 🥤TAK PERLU SIMPAN AIR DALAM PETI SEJUK 👨‍👩‍👧‍👦BUAT AIR SUSU ANAK TAK SAMPAI 5 MINIT  ⏰JIMAT MASA 💡JIMAT TENAGA MUDAHKANNNNNN........ PENAPIS AIR CUCKOO...trending sekarang APA ISTIMEWANYA CUCKOO??? Penapis air CUCKOO berupaya menghasilkan air minuman yang bersih, sejajar denga piawaian WHO seperti berikut: 🙅🏼‍♀ Bebas dari logam berat 🙅🏼‍♂ Bebas dari bakteria, kuman dan virus 🙋🏼‍♀ Beralkali ringan 🙋🏼‍♂ Kaya dengan mineral PENDAFTARAN & PEMASANGAN PERCUMA  🤝🏻 SERVIS PERCUMA SEPANJANG TEMPOH SEWAAN 🤝🏻 PENUKARAN FILTER PERCUMA SEPANJANG TEMPOH SEWAAN 🤝🏻 JAMINAN WARANTY DAN ALATGANTI PERCUMA SEPANJANG TEMPOH SEWAAAN 🤝🏻 PERCUMA P